Nak jual barang apa ek?

Dalam konsep yang diajar oleh Pakar Pemasaran no 1 di Asia, Dr Azizan Osman ada menyebut tentang konsep P.O.W.E.R.

Konsep nih memang power punya. Tapi, apa yang nak disentuh entry kali nih adalah, tentang P iaitu Produk.

Setiap huruf dalam konsep ada terdirinya masing2, dan untuk huruf P sahaja, ada banyak maksud.

P= produk

Disini, bukan hanya nak cakap pasal produk, tapi ianya juga tentang servis, atau apa2 sahaja yang membuatkan orang lain ada sebab beri duit pada kita.

Jadi, dalam bisnes, produk adalah perkara paling penting sekali. Ada setengah orang, jual barang apa yang dia suka.

Tapi yang paling penting adalah produk yang orang lain suka, bukan yang kita suka.

Kalau kita pilih produk yang kita suka sahaja, itu namanya syok sendiri.

Jadi, banyak cara untuk kita ketahui produk kita tu laku atau pon tidak.

Antaranya kita boleh tengok pesaing2. Adakah barang yang dia jual sebagai sampingan barang utama yang dia jual atau pon memang barang utama.

Contoh:

Barang utama/market jualan= alat muzik

Sampingan= gitar

Kalau sampingan, adakah produk nih memberi bantuan/kehendak ramai orang?

Kalau tidak bagaimana nak jadi?

Saya cadangkan anda luangkan masa untuk lihat video nih. Klik sini.